Friday, 30 December 2011

apak..... meninggalkan kami...

30.12.2011

di pagi Jumaat ini, apak telah meninggalkan kami semua... perginya dalam keadaan tenang, mudah dan tidak disangkakan.. tidak ada sakit yang kritikal, malah sempat memancing pada hari sebelumnya dalam keadaaan sihat walafiat... tetapi, selepas solat subuh, apak pening, muntah... dan +/- 9pagi, apak menghembuskan nafas terakhir..

masa tu, cuma ada mak, nain, mat & wani di rumah.. anak²nya yang lain sedang bekerja...

aku pulak tertinggal hp di bilik & masa tu jugak aku ke Bilik SA untuk check aset.. so, aku hanya dapat tahu tentang berita tu pada jam 10pg++... itupun setelah kawan² mencari & diberitahukan berita itu oleh Kak Lah... bergegas ke rumah ambik baju & ambik 2 beradik tu dari rumah ibu... tiba di kg. gajah +/-12 tgh.. mujurlah apak dikebumikan lewat sedikit sebab nak tunggu adik ipar yang di KL balik.. so, sempat la aku menatap wajah apak buat kali terakhir..

sayu rasanya... aku tak suka perasaan sedih & sunyi macam ni berulang lagi selepas pemergian mak aku dulu... huhu... tapi apakan daya.... setiap yang hidup akan mati jua..

moga arwah mak & apak diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya, diterangkan kuburnya, dijauhkan dari azab kubur dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang soleh...

begitu juga doaku buat tokwan² ku, tok² ku.. kawan² ku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat di alam sana... moga berbahagia hendaknya..

Thursday, 29 December 2011

tengok muka ummi

malam tadi, ummi tengah solat maghrib di dalam bilik. Tiba-tiba seseorang menutup lampu bilik. (sape lagi kalau bukan salah sorang daripada 2 beradik tu kan..)

ketika itu, ummi sedang tahiyat akhir...seseorang datang hampir sambil dok tala lampu lip-lap-lip-lap merahnye ke muka ummi.. dan selepas itu, dia bersuara..

"ayong.. meh sini jap.. cuba tengok muka ummi ni.." (ohhhh....si adam rupanya..)

mujur la time tu, ummi dah nak bagi salam dah....adoiii... kelakar la bebudak ni..
sebaik je ummi habis solat, ayong datang dalam keadaan berlari.. dan melihat adam yang masih lagi kagum dengan muka ummi yang berwarna merah sebab disuluh lampu lip-lap-lip-lap tu.... hahaha...

Thursday, 17 November 2011

daftar ayong adam

ayong dan adam akan mendaftar taska di SRI Al-Ummah pada 21.11.2011

Wednesday, 24 August 2011

lutut wangi..

21.8.2011
dialog selepas ayong & adam mandi

adam: ayah... adam dah wangi... cuba cium kepala
ayah : mmm... wanginya... (sambil cium kepala adam)

adam : ummi... adam dah wangi... cuba cium lutut..
ummi : mak aihhhh... cium LUTUT?? hahahaha..

(kot suruh cium pipi ke, badan ke, logik la jugak... ini... LUTUT...hahahaha..)

Tuesday, 23 August 2011

7 SUNNAH PENTING

7 SUNNAH PENTING (dari email k.liza)

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wednesday, 17 August 2011

adam & "R"... ayong & solat

adam dah pandai sebut huruf "R" sejak bermulanya puasa pada 1 Ramadhan 1432 / 1 ogos 2011 yang lalu... sebelum ni, kalau adam ajuk cakap "terbaik" boboiboy tu, memang dah ada bunyi "R" tu... tapi bila cakap biasa², akan keluar sebutan "L".. la ni, alhamdulillah... walaupun belum perfect lagi bunyi "R" tu, tapi insyaAllah akan diasah sebutannya daripada semasa ke semasa...

cuma yang kelakarnya, masa nak tunjuk kat ummi yang dia pandai sebut "R" tu, dia akan nyanyi lagu ABC dengan gayanya yang tersendiri :)


ayong pulak, sejak tengok Dina & Damia solat, dia dah mula suka solat.. cuma yang lucunya, masa solat dengan ummi, adakalanya ummi kuatkan bacaan dengan harapan, ayong dengar dan hafal bacaan tu... tapi, apa yang jadi, bila ummi baca kuat, dia pun akan baca kuat jugak dengan bacaan yang tidak difahami (reka bacaan sendiri)... hahaha... at last, ummi baca slow je la, kalau tidak, tak khusyuk la ummi solat..hehe

Wednesday, 6 July 2011

ikat rambut

6.7.2011

ayong dah pandai ikat rambut sendiri walaupun tak la kemas sangat.. tapi comeiii je...hehe

Monday, 6 June 2011

abang & darah tinggi

5.6.2011

hari ni ayah racun rumput keliling rumah walaupun sebelum tu dah mengadu kepala pening... habis je meracun, ayah memang dah tak larat sangat... kepala pening & rasa nak tumbang.. so, ummi bagi paracetamol & suruh ayah tidooooo....

jam 1.30ptg, kejutkan ayah dan tanya kot² nak pi kenduri rumah jiran.... walaupun agak pening, tapi bersiap jugalah & pi makan kenduri.. ummi dah prepare serba sikit keperluan in case ayah nak bawak pi stadium lagi.... tapi.... nampaknya ayah betul² tak larat...huhu... so, terus balik...

ayah tidurr lagi.... ummi pun dah takde mood nak buat ape sebab ayah tak sihat... so, tengok tv je lah... ayong dah berapa kali dok ulang tayang cd upin ipin tanpa jemu... sesekali bertekak dengan ummi sebab ummi nak tengok tv....hehehe....

ummi kejut ayah untuk solat maghrib dan isya'..... ayah pun muntah²... tiap kali ayah muntah, dua beradik tu gelak sakan...hahahaha.... lucu la depa ni.....kan ke bila muntah, automatik keluar suara "wekkk.." ... tu yang buat depa geli hati tu....haha... ala... anak abahhhh....

ummi risau jugak sebenarnya... ummi dah fikir macam²... betapa la tak best nya dok sorang kan... huhuhuhuhu... walaupun ada 2 beradik tu, tapi mana nak dapat gantikan tempat abang seorang...huhu.... moga abang panjang umur dalam kebaikan dan sentiasa berada dalam keadaan sihat.....

karang ummi nak beli epal hijau, nak suruh ayah minum air epal... sbg ubat darah tinggi... moga lepas ni darah abang normal sokmo....

Karnival Upin & Ipin

4.6.2011

hari ni kami sefamily pergi ke Bukit Gantang, Taiping untuk attend kenduri kawan ummi--> samida & ajha.. moga kekal bahagia di dunia akhirat hendaknya mereka.. :)

habis kenduri, kami singgah di Taman Tasik Taiping, utk bagi peluang pada ayong dan adam main papan gelongsor besar tu.... best.. best... !!

selepas tu, petang tu jugak kami bergerak ke Stadium Ipoh untuk Karnival Upin & Ipin... dapat la tengok secara live pemilik suara kartun Upin & Ipin tu... adam sama-sama menari chicken dance dengan geng upin ipin....haha

ayong malu² bila disuruh ambil gambar bersama mail & ehsan... adam jugak yang berani...hehe.... suka pulak tengok budak² tu... cadangnya nak tengok replika rumah Opah, tapi rupanya dah tutup sebab dah lewat... so, ayah cadang nak bawak ayong dan adam datang lagi esoknya.... :)

Sunday, 29 May 2011

Teluk Batik

29.5.2011

Kami sefamily pi bermandi manda di Teluk Batik dengan Imran.. best gak dapat berendam lama²..
'aliah & adam mandi di gigi air sambil main pasir.... ummi, ayah & imran berendam kat tengah sket... ayong dapat kawan baru.... tah apa la depa sembang lama²... rasanya budak cina kot, lelaki perempuan jugak...

sambil berendam tu, adam jerit "ayah.... nanti beli cekelat tau!!!"
dah lama sket, adam jerit lagi "ummi.... nanti beli cekelat tau!!!"
dan bila time dekat nak balik tu, adam jerit lagi "ayah... nanti kita naik bot feri"
hahahaha.... macam² la adam ni....

bila dah naik, kami makan² jap... dan sementara menunggu ayah mandi, ada insiden yang agak cemas....
adam : "ummi, adam pandai berenang kan.."
ummi : "mmm..." (mengiyakan aje sebab kalo cakap "tak", nanti adam bising pulak)
dan adam terus jalan ke laut dan masuk ke laut sampai paras pinggang dia... ummi panggil adam, ombak pun kena muka adam, adam tersedak dan patah balik ke pantai.....huhu.... nasib baik tak lemas si kecik ni.... rupanya, yang dia sebut "pandai berenang" tu, ada maksud disebaliknya... huhu

cuma yang tak bestnya, bilik air penuh masa nak mandi time nak bersiap balik... cuti sekolah, memang ramai orang... jenuh tunggu... cadangnya nak balik awal ke Ipoh sebab nak tengok Karnival Orkid di Tesco Extra & kuliah maghrib Tn Ibrahim Tn Man di surau Seri al-Ummah... tapi dah lewat, sampai rumah abah pun dah jam 7.00mlm... siap²........ dan.... terus balik ke Ipoh... letih betoiiiiiiii...

Thursday, 26 May 2011

nanuk...

26.6.2011 (malam)

ummi : adam... nak gigit?
adam : nanuk.. (tak nak)
ummi : nanik?
adam : nanok...
ummi : nanek?
adam : taduk...

hahaha.... adam ni memang suka mengarut...

ayong demam

25.5.2011
ayong demam seharian dan tak kebah-kebah.. tapi alhamdulillah masih nampak aktif dan tak merengek... huhu... bawa pi klinik Greentown, Dr suruh check darah sebab takut denggi.. alhamdulillah, darah ok... cuma demam biasa.. Dr bagi ubat demam perisa oren..

26.5.2011
pagi bagi ubat, tengahari ummi pi rumah ibu untuk tengok keadaan ayong.. masih panas badannya tapi tak tidur... bawak ayong pi kedai beli 100plus & cool fever...

petang tu, masih panas lagi badannya... bawak pi pasar malam sebab ummi dah kelaparan sangat... nasib baik 2 beradik tu tak mintak mainan pun...hehehe

27.5.2011
alhamdulillah pagi tadi dah beransur pulih :)

Sunday, 22 May 2011

ketiak bau burger

22.05.2011

adam : ummi, nak susu dengan milo
ummi : tak boleh minum milo banyak sangat.. tadi kan dah minum milo? (ummi malas nak bancuh..hehe)
adam : tak boleh minum milo? nanti ketiak bau burger?

(hahaha... macam² la si adam ni..)

Tuesday, 29 March 2011

AJAR ANAK SOLAT - WARDINA

bERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all

my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th

birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi

dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat

since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is

SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very

important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong

signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun

lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau

tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu

Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -

lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and

say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her

never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik

cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni

melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik

cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how

we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,

bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK

solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua

kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!

I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will

NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask

her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do

it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak

tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love

her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3

kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar

dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau

TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna

solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for

her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i

wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy

and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi

cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im

sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims

that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the

world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as

how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak

boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Tuesday, 22 March 2011

ummi jangan marah

dialog malam tadi :

adam: ummi jangan marah adam
ummi: (membebel jugak kat adam sebab main-main dengan makanan & minuman)
adam: ummi tak payah ikut adam pergi taman.. adam pegi dengan ayah dengan ayong je..

huhhhh.... macam la dia pandai sangat bawak kereta...

Tuesday, 8 March 2011