Friday, 30 December 2011

apak..... meninggalkan kami...

30.12.2011

di pagi Jumaat ini, apak telah meninggalkan kami semua... perginya dalam keadaan tenang, mudah dan tidak disangkakan.. tidak ada sakit yang kritikal, malah sempat memancing pada hari sebelumnya dalam keadaaan sihat walafiat... tetapi, selepas solat subuh, apak pening, muntah... dan +/- 9pagi, apak menghembuskan nafas terakhir..

masa tu, cuma ada mak, nain, mat & wani di rumah.. anak²nya yang lain sedang bekerja...

aku pulak tertinggal hp di bilik & masa tu jugak aku ke Bilik SA untuk check aset.. so, aku hanya dapat tahu tentang berita tu pada jam 10pg++... itupun setelah kawan² mencari & diberitahukan berita itu oleh Kak Lah... bergegas ke rumah ambik baju & ambik 2 beradik tu dari rumah ibu... tiba di kg. gajah +/-12 tgh.. mujurlah apak dikebumikan lewat sedikit sebab nak tunggu adik ipar yang di KL balik.. so, sempat la aku menatap wajah apak buat kali terakhir..

sayu rasanya... aku tak suka perasaan sedih & sunyi macam ni berulang lagi selepas pemergian mak aku dulu... huhu... tapi apakan daya.... setiap yang hidup akan mati jua..

moga arwah mak & apak diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya, diterangkan kuburnya, dijauhkan dari azab kubur dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang soleh...

begitu juga doaku buat tokwan² ku, tok² ku.. kawan² ku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat di alam sana... moga berbahagia hendaknya..

Thursday, 29 December 2011

tengok muka ummi

malam tadi, ummi tengah solat maghrib di dalam bilik. Tiba-tiba seseorang menutup lampu bilik. (sape lagi kalau bukan salah sorang daripada 2 beradik tu kan..)

ketika itu, ummi sedang tahiyat akhir...seseorang datang hampir sambil dok tala lampu lip-lap-lip-lap merahnye ke muka ummi.. dan selepas itu, dia bersuara..

"ayong.. meh sini jap.. cuba tengok muka ummi ni.." (ohhhh....si adam rupanya..)

mujur la time tu, ummi dah nak bagi salam dah....adoiii... kelakar la bebudak ni..
sebaik je ummi habis solat, ayong datang dalam keadaan berlari.. dan melihat adam yang masih lagi kagum dengan muka ummi yang berwarna merah sebab disuluh lampu lip-lap-lip-lap tu.... hahaha...