Thursday, 29 December 2011

tengok muka ummi

malam tadi, ummi tengah solat maghrib di dalam bilik. Tiba-tiba seseorang menutup lampu bilik. (sape lagi kalau bukan salah sorang daripada 2 beradik tu kan..)

ketika itu, ummi sedang tahiyat akhir...seseorang datang hampir sambil dok tala lampu lip-lap-lip-lap merahnye ke muka ummi.. dan selepas itu, dia bersuara..

"ayong.. meh sini jap.. cuba tengok muka ummi ni.." (ohhhh....si adam rupanya..)

mujur la time tu, ummi dah nak bagi salam dah....adoiii... kelakar la bebudak ni..
sebaik je ummi habis solat, ayong datang dalam keadaan berlari.. dan melihat adam yang masih lagi kagum dengan muka ummi yang berwarna merah sebab disuluh lampu lip-lap-lip-lap tu.... hahaha...

No comments:

Post a Comment