Monday, 6 June 2011

Karnival Upin & Ipin

4.6.2011

hari ni kami sefamily pergi ke Bukit Gantang, Taiping untuk attend kenduri kawan ummi--> samida & ajha.. moga kekal bahagia di dunia akhirat hendaknya mereka.. :)

habis kenduri, kami singgah di Taman Tasik Taiping, utk bagi peluang pada ayong dan adam main papan gelongsor besar tu.... best.. best... !!

selepas tu, petang tu jugak kami bergerak ke Stadium Ipoh untuk Karnival Upin & Ipin... dapat la tengok secara live pemilik suara kartun Upin & Ipin tu... adam sama-sama menari chicken dance dengan geng upin ipin....haha

ayong malu² bila disuruh ambil gambar bersama mail & ehsan... adam jugak yang berani...hehe.... suka pulak tengok budak² tu... cadangnya nak tengok replika rumah Opah, tapi rupanya dah tutup sebab dah lewat... so, ayah cadang nak bawak ayong dan adam datang lagi esoknya.... :)

No comments:

Post a Comment