Wednesday, 17 August 2011

adam & "R"... ayong & solat

adam dah pandai sebut huruf "R" sejak bermulanya puasa pada 1 Ramadhan 1432 / 1 ogos 2011 yang lalu... sebelum ni, kalau adam ajuk cakap "terbaik" boboiboy tu, memang dah ada bunyi "R" tu... tapi bila cakap biasa², akan keluar sebutan "L".. la ni, alhamdulillah... walaupun belum perfect lagi bunyi "R" tu, tapi insyaAllah akan diasah sebutannya daripada semasa ke semasa...

cuma yang kelakarnya, masa nak tunjuk kat ummi yang dia pandai sebut "R" tu, dia akan nyanyi lagu ABC dengan gayanya yang tersendiri :)


ayong pulak, sejak tengok Dina & Damia solat, dia dah mula suka solat.. cuma yang lucunya, masa solat dengan ummi, adakalanya ummi kuatkan bacaan dengan harapan, ayong dengar dan hafal bacaan tu... tapi, apa yang jadi, bila ummi baca kuat, dia pun akan baca kuat jugak dengan bacaan yang tidak difahami (reka bacaan sendiri)... hahaha... at last, ummi baca slow je la, kalau tidak, tak khusyuk la ummi solat..hehe

No comments:

Post a Comment